Kehidupan peribadi Angélica Rivera

Pada 11 Disember 1994, Rivera berkahwin dengan penerbit José Alberto Castro, adik Verónica Castro, dan dikurniakan tiga anak perempuan: Angélica Sofía (lahir 1996), Fernanda (lahir 1999) dan Regina (lahir 2005). Pasangan tersebut bercerai pada 2008.

Rivera berkahwim dengan Enrique Peña Nieto, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Gabenpr negara bahagian Mexico, pada 27 November 2010.[3] Beberapa hari kemudian, beliau mengumumkan persaraannya dari kerjaya seni untuk menumpukan perhatian pada "tanggung jawab besarnya pada sisinya, yang didedikasikan kepada rumahku, kepada anak-anakku".[4] Dari perkahwinan itu, beliau mempunyai tiga anak tiri.